Siti Koriah Zakaria Menang Pingat Emas di iCompEx 2021

Pelajar Pascasiswazah (MSc) Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan iaitu Siti Koriah Zakaria, di bawah seliaan Ts. Dr. Teo Pao Ter telah berjaya memenangi pingat EMAS dalam pertandingan inovasi Innovation and Invention Competition through Exhibition(iCompEx) 2021, anjuran Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) Jitra, Kedah, Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) dan Kerajaan Negeri Kedah.

Siti Koriah dan Dr. Teo telah membentangkan inovasi yang bertajuk, “Wood Saw Dust Waste as Green Pore Forming Agent in Porous Ceramic", di bawah Kategori B: Construction & Materials. Visi dan misi utama inovasi ini adalah untuk mengitar semula sisa habuk kayu (wood saw dust) daripada industry perkayuan dan perabut kepada bahan seramik yang berliang (porous ceramic). Diharapkan agar inovasi ini berjaya dikomersilkan dan seterusnya mengatasi masalah lambakan sisa habuk kayu yang perlu dilupuskan pada setiap tahun.

Disediakan oleh,

Ts. Dr. Teo Pao Ter